9 August 2011

Stuck in the Middle

Have you ever been in a situation where you just have no way out? Or a a situation when you're new to a group of people and they just don't know you and can't accept you yet? Oh yes! I'm stuck in the middle. Ok. Let's say, you just became a friend to someone who just lost a friend. You're new to his or her world. Well, friends know each other and try to adjust themselves so that they are compatible with each other. Of course lah. Kalau seorang macam itik, seorang macam ayam, macam mana nak understand each other and get along kan? Whatever happens between both of you, tak ada lah nak kecoh to the whole world and masing2 ada their own point of view.

Usually the matter of point of view ni timbul when berlakuya conflicts or misunderstanding. Maybe si A ni rasa dia ni cuma marah sikit with B while B ingat dia ni marah sangat dengan his or her mistakes sampai B ni rasa bersalah. But then korang dah selesaikan sesama korang. HOWEVER!! I repeat, however, when other people know what happen between both of you, people will start to make assumptions and create bad stories. Even things that you don't even do boleh jadi issue. I've seen and experience this a lot of times sampai dah jemu and dah bosan. Why nak campur tangan hal orang lain when you just know nothing. I mean, tak kisah lah if ada berniat murni nak selesaikan pergaduhan but find the right time to do that because things may get even worse.

Ok. So let me make it clear, tadi kiranya A ni berkawan dengan kawan baru bernama B kan? In the same time, A ni ada group of friends. Kawan sedia ada dia. So katakanlah in the situation kat previous paragraph ni was created by kawan2 lama A ni and they just give a warning to B to stay away from A, mestilah B terpinga2 sebab none of what they say are even true. Ni semua sebab that wrong assumptions they made or even base on incomplete story from A. Kalau dah ada masalah, mestilah nak cari kawan untuk meluahkan masalah kan? So mestilah both A and B nak buang segala masalah yang terpendam dalam diri. Maybe for A after dah berbaik lepas gaduh tu, dia rasa nothing happens because dia ada his or her friends yang support all the way. Kawan dah kenal lama kan...

B's situation memang far different from A. B ni dah lah baru kenal those people and when kena macam tu of course lah dia tak tau nak selesaikan masalah macam mana sebab he's on his own. Nobody's there for him. So kalau dia nak cerita kat orang lain, orang lain bukannya kenal that group of people yang menuduh dia ni. What hurts the most when B dikatakan have influenced A a lot sampai dia dah berubah. B memang lah pelik because dia sendiri rasa dia memang jadi diri dia sendiri and dia tak pandai nak pengaruh orang. Maybe changes of ways buat orang kata A dah berubah walhal tak salah. Kalau salah pun, mestilah dielakkan sebab sebagai kawan, kenalah memahami and tegur kesalahan. Unless A tak kisah with whatever B does. Maybe what B does memang secara tak sengaja. Bukan dibuat2 untuk buat A rasa berkawan dengan B lebih best daripada kawan dengan orang lain. Maybe A terlalu seronok jumpa kawan macam B sebab tak pernah jumpa orang macam tu. B tu pun tak nak bagitau A yang dia kena sound sebab dia tak nak menyusahkan A and buat kawan2 dia sound B lagi. So B ni biar simpan keperitan tu seorang diri.

So tu contoh situation that I'm trying to give. Deep from my heart, I just wanna say something. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah pengaruh orang, melainkan pengaruh yang baik sampai orang terlalu sayangkan aku dan berterima kasih atas kebaikan yang aku bagi. Sebenarnya aku lebih mudah dipengaruhi. Orangajak aku berubah, aku pun berubah. Orang ajak aku buat jahat, aku fikir banyak kali. Tapi kalau hilang kewarasan nak berfikir panjang, boleh gak jadi jahat. Senang sangat untuk orang menipu aku kerana aku terlalu mudah percayakan orang. Senang sangat untuk patahkan hujah2 aku sebab aku ni selalu cakap mengarut je and mudah mengalah kalau orang tu mampu berkata2 lebih hebat dari aku. Sangat mudah untuk orang ambil kesempatan ke atas aku. Aku ni lemah sebenarnya. Ada lah gak orang cakap aku ni niat je nak jadi jahat tapi tak ada rupa. Aku ni macam baik sangat. Tapi itu je lah yang aku tak percaya.

Ada orang kata, bulan puasa ni aku lenyap, tapi ada je. Duuuuuuuuhhhhh!!! Aku manusia. Bukan syaitan. Dan sampai sekarang aku tetap keliru dengan siapa diri aku sebenarnya. Aku tak pernah ada arah hidup yang jelas. Sebab tu aku bila time nak SPM dulu, semua orang bersungguh2 dengan profile diorang sebab diorang memang dah jelas matlamat diorang. Aku masih blur. Tu yang results pun tak seberapa compared to others. Dalam seumur hidup aku, aku boleh kira berapa ramai orang yang pernah bergaduh dengan aku. Walaupun aku benci someone, aku tetap boleh bercakap, tak pun buat tak layan je sebab tak nak timbulkan pergaduhan besar. Aku gaduh pun, aku cakap sorry and leave my words to be pondered upon. Tak perlu nak persoalkan kata2 aku. Dulu, my family dah kenal aku ni macam undecided. Sikit2 entah, tak tau, suka hatilah, boleh lah, ok lah. Tapi sekarang ni dah kurang lah. Tak tau lah macam mana boleh berubah. Alhamdulilah. Tak ada lah menyusahkan orang sangat.

Aku ni kuat rasa bersalah. Kalau aku macam buat salah sikit dengan orang, tak tidur malam fikir apa nak buat. Petang tadi pun timbul masalah macam tu lagi. Aku pinjam telekung orang and entah macam mana telekung lain yang dipulangkan. Aku masih musykil sebab memang aku tak lepaskan telekung dari lepas sembahyang. Or maybe lepas sembahyang tu tinggal kejap kat tepi masa nak pakai tudung. Tak tau lah. Pening fikir. Takkan lah ada orang nak main2 tukar telekung.-.- Aku tak kisahlah ada masalah apa pun datang time2 macam ni. Aku still boleh harungi. Sebab dari dulu kat KYS, dah biasa sangat dengan multi tasking. So in one time, I can be a student, a thinker, a leader, a sister, a friend and macam2 tapi benda tu semua tak kacau pun studies. Bio and physics je yang tak score for reasons yang Vigor tau. Physics sebab aku rasa macam complicated with all the theories and applications. Bio memang otak aku tak sesuai untuk menghafal. Aku ni setakat suka mengira. Things based on pengetahuan di hujung jari. So malam nak exam tak struggle nak study. Seronoknya.

Asasi ni pun seronok sebab banyak mengira. Tu yang boleh tahan score lah except Bio, macam biasa. Tu yang aku relax gak sebenarnya. Istilah studies affected by problems ni semua karut bagi aku. Tak pernah ada istilah tu. Thanks KYS sebab ajar aku benda ni. Aku bukannya macam budak biasa yang goyang kalau ada prob. Aku ada pembahagian. Bila study, probs put aside. Bila tak study, aku fikir balik probs tu. Senang kan? Nak jadi pandai senang je. Kalau lemah, study sampai pandai. Jangan nak menggatal tambah masalah. Kalau dah pandai, wat lek je. Otak kena bagi sihat sebab badan affected by otak. Sebab tu aku sihat selalu. Alhamdulilah! Last time demam pun entah bila.

Ok. So kalau belum cukup kenal aku, jangan kata sembarangan. Nanti kawan2 lama aku yang dah jadi classmate, housemate, bedmate, roommate, dormmate, batchmate and segala2 mate yang kenal aku selama lima, enam tahun dengar pasal ni, mesti tergelak. Diorang dah kenal aku lebih dari sesiapa pun. Even tak semua benda parents aku tau pasal aku. Sebab aku tunjuk belang kat KYS and kat UiTM je. Segan2 depan diorang. Bila orang kata aku ni mempengaruhi, tak apa. Aku terima je. Aku dah tak nak kacau orang kesayangan korang lagi. Let him be what he used to be. I'm fine with that. Aku tak kisah asalkan that person be himself again. Sorry tulis tak bagi salam ke apa. Nak luah perasaan susah sikit nak buat intro baik2 ni. Macam tak sesuai. But bila dah lepas, it feels good and I'm just fine.

So actually I need kesedaran dari sesiapa yang membacanya tentang hubungan kita dengan kawan or dengan anyone pun. Tell me that you've gone through this at least once. And about myself, I have 54 people behind me. Aku belum boleh nak masukkan friends from UiTM sebab it's still too early. Ask Vigor who I was and am I still that person known as Alya Nadhirah yang banyak memberi semangat kat orang sampai orang berjaya? Or korang dapat jawapan yang aku ni dulu budak jahat yang tak berdisiplin yang selalu skip itu ini, buat salah, melawan cikgu and yada2? Eh, hello!! Aku bukan nak membangga diri tetapi aku tau yang aku ni ada comon sense nak uruskan kehidupan aku. Ok. Cukup lah tu. Now I've revealed more about myself. So just think for a while. Aku tak kata pun apa yang orang cakap kat aku tu salah, tapi kalau ikut logiknya, ada ke aku nak seksa orang kesayangan diorang sampai macam tu?? Haih....

Assalamualaikum and thank you for reading. Ambil lah berapa lama pun nak fikir pasal ni. Penat dah.









2 comments:

  1. aku kenal kau dah,ermmm...11 tahun?.hahaha

    ReplyDelete
  2. Ahaaaa.... Okay. Tapi skip la sekolah menengah yang penuh cabaran. Zaman tu baru diri aku yang real beb!:p

    ReplyDelete